f0ll0wers cyuNK ~~

like ..like..& like

Saturday, January 1, 2011

korang tahu apa itu PAKK ?????



Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK)
PPKK ditubuhkan di negeri dan daerah berfungsi sebagai sistem sokongan kepada perkhidmatan perlindungan kanak-kanak. Di antara aktiviti yang dikendalikan oleh PPKK ialah Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) yang dirancang dan dilaksanakan mengikut keperluan masyarakat setempat.

Contoh-contoh program dan aktiviti yang dijalankan ialah mengadakan pusat jagaan, kelas tuisyen, khidmat kaunseling, kelas komputer dan kursus pengasuhan dan perkembangan kanak-kanak.

Usaha ini dilakukan untuk membantu mencegah kes-kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak, ponteng sekolah, kerosakan akhlak dan lain-lain masalah sosial. Pada tahun 2007, terdapat 131 buah PPKK dan 135 PAKK diseluruh negara.

Program PAKK ini memberi faedah dan manfaat kepada kanak-kanak yang tinggal di dalam komuniti sekitar PAKK.

Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK)
Penubuhan PAKK merupakan satu usaha yang menyeluruh dan lebih sistematik dan berkesan dalam usaha mencegah ke penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak. PAKK merupakan program / perkhidmatan sokongan anjuran Pasukan Perlindungan Kanak-kanak.

PAKK diwujudkan mengikut keperluan setempat. Pasukan Perlindungan Kanak-kanak perlu mengenalpasti isu yang ketara dalam sesuatu kawasan dan menentukan peringkat umur kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan. Ini akan membantu dalam penyediaan program dan tempoh masa PAKK patut dijalankan.

PAKK boleh dibuka sepanjang hari, atau untuk tempoh masa yang tertentu sahaja. Premis yang digunakan boleh disewa atau didapatkan dengan percuma dangan kerjasama Majlis Tempatan, Jawatankuasa Penduduk Setempat atau bantuan / sokongan dari perseorangan.
Objektif penubuhan PAKK adalah untuk menganjurkan program dan perkhidmatan sokongan bercorak pencegahan dan perlindungan terutama bagi kanak-kanak yang dianiaya oleh keluarga mereka. Keanggotaan PAKK terdiri daripada jawatankuasa Kecil yang dilantik oleh Pasukan Perlindungan Kanak-kanak.

Jawatankuasa Kecil ini terdiri daripada tidak kurang dari tujuh orang ahli dan tidak lebih daripada lima belas orang.

Peranan PAKK dan aktiviti -aktiviti yang dijalankan oleh Pasukan Perlindungan Kanak-kanak
  1. Tempat perlindungan : Menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak.
  2. Pusat advokasi : Mengadakan ceramah / kursus pendek kepada masyarakat, ibu bapa dan kanak-kanak.
  3. Pusat sumber : Menyediakan bahan bacaan / rujukan untuk kanak-kanak.
  4. Pusat Pembelajaran : Kelas bimbingan / komputer / kelas keagamaan / kelas lukisan /  kelas drama / pidato / deklamasi sajak.
  5. Pusat Intervensi Krisis : Menyediakan sesi kaunseling.
  6. Pusat Sosial / Sukan / Rekreasi : Sukan / riadah / program kebudayaan / kesenian dan sebagainya

Antara Aktiviti yang telah d jalankan ahli PAKK KUCHING,baru-baru ini...




LAWATAN SAMBIL BELAJAR 
KE
 DEWAN UNDANGAN NEGERI <DUN> 
DAN 
TAMAN ORKID












AHLI PAKK BAHAGIAN KUCHING,SARAWAK

No comments:

My Blog List

Powered By Blogger