f0ll0wers cyuNK ~~

like ..like..& like

Monday, January 17, 2011

Cinta Vs Kerjaya

Inilah persoalan yg kerap meniti dimindaku
yang kerap terlintas dihatiku

Kerjaya…
itu adalah tafsiran kepada impianku
itu jua adalah harapanku sejak dulu
satu harapan yg tidak kuimpikan seorg
satu harapan yg turut kukongsi dgn Umi tersayang…
harapannya yg tinggi
sokongannya yg tidak berbelah bahagi
menjadi satu inspirasi dan kekuatan utk aku
tekad dan tabah mengejar sebuah kerjaya impian
demimu Umi tersayang
akan kuredah apa jua halangan
agar kerjaya yg jadi impian kita bersama
dapat Umi kecapi…

Kerjaya …
bukan sekadar inspirasi
sentiasa beri aku motivasi
yang penting sentiasa beri aku keyakinan diri
utk berbakti kepada ibu pertiwi
dalam diam…
kerjayaku hari ini
berikan aku keyakinan
bahawa aku mampu ke hadapan
setanding mereka yg hebat
yg pernah aku kagumi….

Cinta….
itu jua satu anugerah Allah yg berharga
ia tanda kasihku pada semua
terutama suami tercinta

Cinta…
bukan sekadar satu perasaan saja
kerana cinta tertunas sebuah pengorbanan
kerana cinta bercambah sucinya keikhlasan
kerana cinta menyuburkan ketulenan sebuah kesetiaan
dan kerana cinta jua aku redha dgn segala ketentuan
Antara cinta dan kerjaya
padaku tak ubah seperti
antara nyawa dan harta
antara hidup dan mati
persoalan yg cukup buat aku memilih hanya satu
Demi sebuah kesucian cinta anugerah Ar-Rahman
Aku korbankan sedikit peluang kerjayaku yg kian cerah
Agar aku dapat sentiasa disisi suami tercinta
Bersama-sama membentuk keluarga 
yang dapat memberi manfaat kepada semua…
Kerana cinta jua buatku yakin
Cintanya akan terus buat aku bahagia
Akan buat Umi tersayang tetap gembira

Itulah kuasanya cinta
Meyakinkan aku atas satu ketetapan
Antara Cinta dan Kerjaya…
Aku rela berkorban kerana cinta….
~ Moga cinta yang hadir ini terus mekar melakari perjuangan 2 jiwa meraih cintaNya…



posted by : srikandi permata jundi

No comments:

My Blog List

Powered By Blogger