f0ll0wers cyuNK ~~

like ..like..& like

Saturday, November 5, 2011

KANAK-KANAK TERKECIL DI MALAYSIA..



KUALA LUMPUR – Kanak-kanak terkecil di Malaysia, Kama Mirezzanial Kama Rezmie Kamaruddin, 7, melahirkan harapan untuk belajar di sekolah harian biasa seperti kanak-kanak lain seusianya.
Dia yang mempunyai ketinggian 56 sentimeter dan berat 4.5 kilogram pada masa ini tidak bersekolah kerana enggan mengikuti pembelajaran di sebuah sekolah pendidikan khas di Putrajaya.
Kama Mirezzanial yang dilahirkan pada 2 Mac 2004 telah disahkan oleh Malaysia Book of Records(MBR) baru-baru ini sebagai kanak-kanak terkecil di Malaysia.
Bapanya, Kama Rezmie berkata, anaknya itu lahir dalam keadaan pramatang di Hospital Putrajaya ketika usia kandungan lapan bulan dengan berat 550 gram dan bersaiz 25 sentimeter. Dia disyaki mempunyai syckel syndrom iaitu sindrom kekerdilan yang menyebabkan pertumbuhan badannya terencat berbanding kanak-kanak lain.
Lebih mengagumkan kanak-kanak itu gemar menghabiskan waktu nya dengan bermain Ipad,Iphone pada waktu lapang & meminati ikon upin & ipin..

No comments:

My Blog List