f0ll0wers cyuNK ~~

like ..like..& like

Sunday, June 19, 2011

Penyertaan Selebriti sebagai Askar Wataniah dalam Kementerian Pertahanan <^_^>

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan selebriti lain yang turut menyertai pasukan tersebut adalah pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana, penerbit filem David Teo, penyanyi Ana Raffali dan penyanyi Aizat merupakan antara artis yang menyerahkan borang penyertaan untuk menyertai Rejimen Askar Wataniah.
Penyerahan uniform itu dilakukan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Pertahanan pada 16 Jun 2011, Khamis.

Apa kata artis setelah berjaya menyertai Askar Wataniah?
Siti Nurhaliza
“Saya pernah menyertai latihan ketenteraan yang lasak sebelum ini untuk sebuah program televisyen tetapi menyertai askar wataniah lebih berbeza dan memerlukan senaman yang lebih.”
Ana Raffali
“Saya pernah berangan-angan untuk menjadi askar tetapi angan itu tidak dapat diteruskan kerana kekangan masa dan tidak tahu prosedurnya. Setelah mendapat tawaran daripada Kementerian Pertahanan, saya terus menerimanya.”
Aizat
Teruja untuk menyertai pelbagai jenis latihan seperti kawad kaki, menembak, mengendalikan senjata seperti bom dan M-16 setelah mendengar cerita daripada kawannya yang merupakan seorang anggota tentera di Singapura.
Shaheizy Sam
Menyertai askar wataniah demi meneruskan cita-cita arwah ayahnya dan mempelajari lebih banyak ilmu ketenteraan yang menyeronokkan.

2 comments:

AL AZRUL said...

dato siti jdi ktua platun...terbaek larhh...

Misz clauz said...

mmg tbaek la...now,Dato siti sambong blajar plak kan??? seronok jadi diva kan..1 masa yg sama je,dpt buat smua :P

My Blog List